Pendedahan Eksklusif!: Teknik Menjadi Bomoh Penarik Wang

AMARAN : HANYA 5% SAHAJA YANG BERJAYA MENJADI BOMOH PENARIK WANG!

Assalamualaikum. Saya percaya masing-masing yang melihat post ini adalah bertujuan nak tahu apakah cara untuk menjadi BOMOH PENARIK WANG bukan?
Sebelum itu, RENCANA ini hanya sesuai untuk mereka yang:
1) Ketiadaan Wang
2) Kekurangan Wang
3) Meminati Wang
4) Menambah Wang
5) Semua di atas
Apakah perkara Asas Untuk Menjadi Bomoh Penarik Wang?
1) Akidah
2) Minda
3) Kepercayaan
4) Psikologi Pemikiran

Pada rencana hari ini, kita akan tekankan tentang MINDA untuk menjadi BOMOH PENARIK WANG.

Pertamanya; Katakan Pada Diri
" SAYA ADALAH MAGNET WANG"" SAYA ADALAH MAGNET WANG"" SAYA ADALAH MAGNET WANG"
Apa itu MAGNET WANG?
Bagaimana nak menarik wang datang kepada kita atau bagaimana untuk menjadi MAGNET WANG?
1)Pertama sekali minda kita mestilah berfikir sebagai seorang jutawan.
2)Berpersonaliti menarik.
3)Bertindak.
4)Bekerja.
5)Bercakap dan ada PR yang baik.
Paling penting berupaya membantu seramai mungkin orang lain mendapatkan apa yang mereka inginkan.
Di bawah ini, adalah tip-tip yang di kongsi oleh Datuk Dr. Maznah Hamid untuk kita jadikan panduan menjadi MAGNET WANG.
MAGNET WANG atau Money Magnet!

Ilmu pertama yang perlu kita pelajari ialah The Universal Law of Attraction atau undang-undang alam daya tarikan iaitu:
1. Hapuskan dari pemikiran kita tentang apa jua kepercayaan mengenai kekurangan wang.
2. Hapuskan kepercayaan ‘sukarnya nak cari wang’.
3. Hapuskan kepercayaan hanya kerja-kerja sukar dan mustahil saja yang boleh buat wang.
4. Hapuskan kepercayaan anda mengenai HUTANG DAN KERUGIAN!
5. Hapuskan pemikiran dan percakapan ‘aku tak mampu’, ‘terlalu mahal!’ ‘Aku takkan pernah MAMPU!’ Hapuskan! Singkirkan dari pemikiran dan kepercayaan anda!
6. Buka minda anda untuk menerima dan menarik WANG dari pelbagai sumber & arah. Ganjaran dalam perbagai bentuk. Pasti yang HALAL. Hari ini cuba kita praktikkan. Hapuskan semua kepercayaan-kepercayaan ini dari pemikiran dan amalan kita ya.
7. Kita mulakan hari ini dengan penuh rasa kasih. Bersyukur. Menghargai walau sebanyak mana pun wang yang kita ada. Katakan pada diri anda. ( Ini cara guru orang puteh ajar la) Wang adalah Bagus. Wang amat penting. Saya sukakan wang dan wang juga sukakan saya. Wang akan dapat membantu saya untuk membantu orang lain. Dari sudut psikologi, secara tak langsung ianya akan menghantar signal atau isyarat kepada minda kita untuk menarik dan menghantar lebih banyak wang dari pelbagai sumber termasuk ganjaran-ganjaran yang tidak kita jangka.
8. Hapuskan dari pemikiran anda apa jua perasaan geram, marah, kutukan dan kritikan pada orang KAYA dan berjaya. Kerana pemikiran begini tidak akan membantu apa-apa pun dan WANG JUGA AKAN LARI JAUH DARI ANDA. Percayalah! Kerana ianya berlawanan dengan hukum alam undang-undang tarikan.
9. Hargai kekayaan dan kemewahan orang lain dengan menyatakan kekaguman dan sanjungan apabila melihat sesuatu yang anda ingin terjadi pada diri anda. Berdoa dan bersyukur kepada Allah untuk diri anda dan orang yang anda ingin ‘jadi’ tu.
10. Sentiasa bersyukur dan menghargai seberapa banyak wang yang anda ada. Sikap ini akan menarik lebih banyak WANG ke dalam hidup anda dan berpotensi untuk menggandakannya.
11.Hargai dan syukurilah setiap sen dan ringgit yang anda perolehi kerana ianya adalah rezeki. Banyakkan bersedekah. Dengan bersedekah juga Allah akan murahkan lagi rezeki kita.
12. Sayangi diri dan utamakan diri anda terlebih dahulu. Bantu diri anda dahulu supaya anda berupaya membantu orang lain.
13. Ingatlah, untuk membayar diri anda terlebih dahulu. Reward diri sendiri. Sikap ini akan memberi isyarat pada minda separuh sedar bahawa diri anda memang berhak dan layak menikmati kekayaan selepas penat bekerja dan berusaha.
14. Yakinlah bahawa anda dilahirkan ke dunia ini untuk mencipta kejayaan dan kekayaan sekiranya anda benar-benar berusaha memperolehinya.
15. Mari kita sama-sama bayangkan bagaimana agaknya kita akan menggunakan kekayaan yang kita miliki secara bijaksana. Bayangkan membeli rumah besar. Kereta Ferrari idaman anda. Membina masjid. Bawa ibubapa ke Mekah. Bawa keluarga pergi bercuti. Membantu sanak saudara yang lain. Berzakat dan bersedekah kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan sebagainya. Bayangkan berapa ramai orang yang boleh kita gembira dan bahagiakan. Jadi, hapuskan terus pemikiran ‘SAYA TAK MAMPU’.
16. Psycho pemikiran anda. Daripada bimbangkan mengenai masalah kewangan . Mari kita ‘ bimbangkan’ mengenai cara nak belanjakan wang yang banyak datang dari pelbagai sumber.
magnet-wang
17. Cuba anda ‘lakonkan sebaik mungkin’ seolah-olah anda telah benar-benar menjadi ‘KAYA. Tanya diri anda. Apa dan bagaimana agaknya seorang jutawan ‘berfikir dan bercakap’ dalam situasi ini. Kemudian berfikir dan bercakap dari mindset seorang  jutawan. Adakah pemikiran dan bahasanya sama seperti diri anda yang sebenarnya? BAYANGKAN ANDA TELAH MENJADI MAGNET WANG. Bagaimana perasaan dan mindset anda hari ini?
18. Teruslah memberitahu diri anda berkali-kali, ‘Sesungguhnya tidak sukar bagiku untuk buat atau mendapatkan wang  yang aku perlukan’.
19. Setiap hari beritahu diri anda. ‘Aku adalah MAGNET WANG. Aku berupaya menarik wang seperti MAGNET. Lebih mudah. Lebih pantas. Tanpa sengsara.  Wang dan rezeki akan datang padaku dari pelbagai sumber dan arah seperti durian runtuh.’
20. Rahsianya. Pemikiran separuh sedar ‘subconscious mind’ akan bertindak balas terhadap jumlah wang. Sebab itu amatlah penting untuk mengira jumlah wang yang anda nak ‘tarik’ ke dalam hidup anda ‘secukupnya’. Lukiskan. Gambarkan jumlahnya besar-besar didalam kertas .Gantung! Lekatkan dan simpan jumlah itu didalam dompet anda supaya sentiasa mengingati jumlahnya.
21. Terus memberitahu diri anda berkali-kali bahawa anda telah berupaya menarik jumlah wang yang dikehendaki dengan mudah. Tidak sukar dan amat menyeronokkan!
22. Sebaik saja kita praktikkan langkah-langkah di atas. Anda akan mula menarik lebih banyak wang ke dalam hidup anda. Mudah macam MAGNET.
BAYANGKAN!
Rasainya dengan urat saraf anda.
Anda semakin hampir dengan sejumlah wang yang anda idamkan! Masukkan jumlah wang itu ke dalam minda separuh sedar anda.
APA TINDAKAN ANDA SETERUSNYA ?
YA ALLAH KAU KABULKANLAH DOA DAN USAHAKU INI! Berdoa akan buat kita letak kepercayaan penuh kepadaNYA sambil berusaha.
Semoga apa yang di kongsikan oleh Datuk Dr. Maznah Hamid ini dapat membuka jalan buat saya dan anda semua untuk menjadi MAGNET WANG supaya dengan wang itu kita sama-sama dapat menambahnilai hidup dan membantu lebih ramai orang di sekeliling kita.

sumber: blog syuhada baharudin 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rahsia Affiliate Menjana Wang Automatik





Dapatkan Ebook Percuma Disini!!

Nama Anda

No Telefon (optional)

E-mail Anda (Wajib)



Membentuk Keyakinan Diri Mendadak dalam Masa Singkat!


Bagaimana Membentuk Keyakinan Diri dalam Masa Singkat?

Antara Formula Yang Boleh Dikongsi Ialah:

Pemakaian
Cara pemakaian orang yang berkeyakinan tinggi adalah kemas dan teratur. Pakaian yang digosok adalah sangat menampakkan keyakinan kerana tampak licin dan tidak renyuk. Mereka yang berpakaian tidak  bergosok lebih mudah serabut dan tidak tampak yakin.

Bentuk Postur Badan
Postur badan juga mempengaruhi keyakinan seseorang. Mereka yang ingin berkeyakinan tinggi apabila menemui seseorang hendaklah membelakangkan bahu dan menegakkan tulang belakang serta mendongakkan dagu.Postur badan sebegini akan mempengaruhi minda kita untuk lebih bersedia dan bersemangat apabila berjumpa dengan orang lain

Senyum
Senyum adalah satu senjata dimana mereka yang  mempunyai masalah pada satu ketika akan lebih bersemangat apabila cuba senyumkan dirinya. Senyum terbukti dapat meningkatkan keyakinan dimana senyum dapat membuatkan orang lain mudah selesa dengan kita dan ini akan menghasilkan atmosfera positif di sekeliling kita

Berfikiran Yakin Sepanjang Masa
Sebenarnya, perkara paling senang untuk lebih yakin dalam masa singkat adalah sentiasa berfikir yang kita adalah orang yang sangat berkeyakinan!

Kita boleh membangkitkan rasa yakin itu dengan mengimbau kembali kenangan manis kita dimana kita mungkin pernah menjadi juara dan berbakat dalam sesuatu hal. Tiada manusia yang sempurna, bahkan kita digalakkan untuk berimaginasi sebagai orang yang mahu dihormati dan disanjung tinggi.

Fikir Sejenak Apakah Halangan Untuk Kita Menjadi Lebih Yakin
Ambil satu kertas dan tulis apakah halangan negetif yang menyebabkan kita tidak yakin. Hal ini secara langsung akan mengetahui halangan-halangan yang ada dan kita akan berusaha untuk berubah dengan mengubah perkara negatif kepada positif. Sebagai contoh, kita mendapat markah terendah dalam peperikasaan bulan lepas, ini  mungkin akan menjadikan kita rendah diri dan takut akan peperiksaan bula hadapan. Tulis di atas kertas "aku mendapat markah corot bulan lepas". Selepas itu apa yang perlu dilakukan adalah kita akan lebih berusaha dengan belajar bersungguh-sungguh, berkerjasama dengan guru dan ini akan membuatkan kita lebih yakin menghadapi peperiksaan akan datang!

Bercakap Dengan Orang Yang Tidak Dikenali
Ini adalah salah satu cara untuk membentuk peribadi yang yakin. Orang yang yakin akan lebih senang untuk menegur dan bercakap dengan orang yang tidak dikenali. Hal ini akan lebih memupuk rasa yakin dalam diri. Sebagai contoh, anda berseorangan dalam bas dan duduk di sebelah orang yang tidak dekenali. Anda mesti menegurnya dan keyakinan ini akan membuatkan anda tidak berasa keseorangan dan secara langsungnya dapat menambahkan kenalan

Terima Teguran Dengan Positifnya
 Kadang-kadang kita akan mudah rasa rendah diri apabila ditegur akan kelemahan dan kekurangan diri. Seharusnya kita hendaklah menerima teguran itu dengan positif dengan mengatakan TERIMA KASIH kepada mereka yang menegur. Katakanlah yang SAYA AKAN BERUBAH dengan nada bersemangat dan senyum kearahnya. Ini akan lebih meningkatkan kredibiliti diri.

Buang Virus Sekeliling
Kita mesti ada rakan-rakan yang cuba merendahkan kita bukan? Senang sahaja. Anda perlu buang mereka jauh-jauh daripada pemikiran dan hati kamu. Fikirkan yang diri kita adalah yang terbaik daripada mereka. Jika mereka melampau batas, tidak ada salahnya anda menegur mereka dengan bijaksana.

Cabar Diri Dengan RISIKO
Kita cabar diri kita dengan mengambil perkara yang tidak pernah buat seperti menjadi DJ atau PEMBACA DOA dalam sesuatu majlis. Cuba dan Cuba! Ini akan lebih menjadikan kita yakin dan terbiasa dengan perkara yang tidak pernah kita lakukan! Selain dapat menambahkan keyakinan diri, kita akan dipandang tinggi akan kebolehan yang ada.

Sekian
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Adakah Anda Suka Jika Saya Memberikan Anda EBOOK ILMU PERCUMA??

Lengkapkan Data Anda Di Bawah

Dapatkan Ebook Percuma Disini!!

Nama Anda

No Telefon (optional)

E-mail Anda (Wajib)



Panduan Untuk Ledakan Potensi Diri

Panduan Ringkas

1) Matlamat
2) Ilmu / Emosi
3) Strategi
4) Tindakan
5) Impian

MatlamatHidup Mesti Ada Matlamat. Hidup bermatlamat lebih berpandu arah, jika tiada matlamat akan lebih senang sesat. Tanpa matlamat yang jitu, senang menemui kegagalan.

Ilmu
Ilmu MESTI ada. Tanpa ilmu kita sukar menemui kejayaan. Sebagai contoh jika anda mahu menjadi berjaya dalam perniagaan, anda perlulah mempunyai ilmu perniagaan yang mencukupi. Seseorang yang berharta banyak akan cepat muflis jika tida ilmu menguruskan harta dengan betul.

Strategi
Strategi adalah teknik bagaimana kita ingin mendapatkan apa yang hendak dicapai. Sebagai contoh, jika ingin mendapatkan kejayaan dalam perniagaan, teknik yang perlu kita tahu adalah, mendapatkan produk yang bagus, mempromosi dengan betul, menghadapi pelanggan dengan teknik sentiasa senyum dan berbahasa dengan bagus.

Tindakan
Selepas mengetahui tentang ilmu dan teknik serta strategi, TINDAKAN adalah sangat penting. Ilmu tanpa tindakan adalah SIA-SIA. Perlu ada tindakan yang cepat dan betul. Tindakan yang cepat akan membuahkan Hasil yang cepat!

Impian
Impian inilah yang merupakan perkara penting sebagai memotivasikan kita. Dengan IMPIAN kita lebih POSITIF dan MOTIVASI. Positif minda perlu ada untuk lebih kuat berusaha.


Dapatkan Ebook Percuma Disini!!

Nama Anda

No Telefon (optional)

E-mail Anda (Wajib)