Bagaimana Membentuk Keyakinan Diri dalam Masa Singkat?
Antara Formula Yang Boleh Dikongsi Ialah:
Pemakaian
Cara pemakaian orang yang berkeyakinan tinggi adalah kemas dan teratur. Pakaian yang digosok adalah sangat menampakkan keyakinan kerana tampak licin dan tidak renyuk. Mereka yang berpakaian tidak bergosok lebih mudah serabut dan tidak tampak yakin.
Bentuk Postur Badan
Postur badan juga mempengaruhi keyakinan seseorang. Mereka yang ingin berkeyakinan tinggi apabila menemui seseorang hendaklah membelakangkan bahu dan menegakkan tulang belakang serta mendongakkan dagu.Postur badan sebegini akan mempengaruhi minda kita untuk lebih bersedia dan bersemangat apabila berjumpa dengan orang lain
Senyum
Senyum adalah satu senjata dimana mereka yang mempunyai masalah pada satu ketika akan lebih bersemangat apabila cuba senyumkan dirinya. Senyum terbukti dapat meningkatkan keyakinan dimana senyum dapat membuatkan orang lain mudah selesa dengan kita dan ini akan menghasilkan atmosfera positif di sekeliling kita
Berfikiran Yakin Sepanjang Masa
Sebenarnya, perkara paling senang untuk lebih yakin dalam masa singkat adalah sentiasa berfikir yang kita adalah orang yang sangat berkeyakinan!
Kita boleh membangkitkan rasa yakin itu dengan mengimbau kembali kenangan manis kita dimana kita mungkin pernah menjadi juara dan berbakat dalam sesuatu hal. Tiada manusia yang sempurna, bahkan kita digalakkan untuk berimaginasi sebagai orang yang mahu dihormati dan disanjung tinggi.
Fikir Sejenak Apakah Halangan Untuk Kita Menjadi Lebih Yakin
Ambil satu kertas dan tulis apakah halangan negetif yang menyebabkan kita tidak yakin. Hal ini secara langsung akan mengetahui halangan-halangan yang ada dan kita akan berusaha untuk berubah dengan mengubah perkara negatif kepada positif. Sebagai contoh, kita mendapat markah terendah dalam peperikasaan bulan lepas, ini mungkin akan menjadikan kita rendah diri dan takut akan peperiksaan bula hadapan. Tulis di atas kertas "aku mendapat markah corot bulan lepas". Selepas itu apa yang perlu dilakukan adalah kita akan lebih berusaha dengan belajar bersungguh-sungguh, berkerjasama dengan guru dan ini akan membuatkan kita lebih yakin menghadapi peperiksaan akan datang!
Bercakap Dengan Orang Yang Tidak Dikenali
Ini adalah salah satu cara untuk membentuk peribadi yang yakin. Orang yang yakin akan lebih senang untuk menegur dan bercakap dengan orang yang tidak dikenali. Hal ini akan lebih memupuk rasa yakin dalam diri. Sebagai contoh, anda berseorangan dalam bas dan duduk di sebelah orang yang tidak dekenali. Anda mesti menegurnya dan keyakinan ini akan membuatkan anda tidak berasa keseorangan dan secara langsungnya dapat menambahkan kenalan
Terima Teguran Dengan Positifnya
Kadang-kadang kita akan mudah rasa rendah diri apabila ditegur akan kelemahan dan kekurangan diri. Seharusnya kita hendaklah menerima teguran itu dengan positif dengan mengatakan TERIMA KASIH kepada mereka yang menegur. Katakanlah yang SAYA AKAN BERUBAH dengan nada bersemangat dan senyum kearahnya. Ini akan lebih meningkatkan kredibiliti diri.
Buang Virus Sekeliling
Kita mesti ada rakan-rakan yang cuba merendahkan kita bukan? Senang sahaja. Anda perlu buang mereka jauh-jauh daripada pemikiran dan hati kamu. Fikirkan yang diri kita adalah yang terbaik daripada mereka. Jika mereka melampau batas, tidak ada salahnya anda menegur mereka dengan bijaksana.
Cabar Diri Dengan RISIKO
Kita cabar diri kita dengan mengambil perkara yang tidak pernah buat seperti menjadi DJ atau PEMBACA DOA dalam sesuatu majlis. Cuba dan Cuba! Ini akan lebih menjadikan kita yakin dan terbiasa dengan perkara yang tidak pernah kita lakukan! Selain dapat menambahkan keyakinan diri, kita akan dipandang tinggi akan kebolehan yang ada.
Sekian
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Adakah Anda Suka Jika Saya Memberikan Anda EBOOK ILMU PERCUMA??
Lengkapkan Data Anda Di Bawah
Dapatkan Ebook Percuma Disini!!
Online Casino Site
ReplyDeleteOnline หาเงินออนไลน์ Casino Site – Play Slots, Blackjack, Poker and Vegas Games at the Best Online Casino Site in USA. Get Your Sign Up Bonus Today! Rating: 4 · deccasino 4 카지노 votes